Ahad, 11 Disember 2016

Amalan 3R

PENGENALAN

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak pelupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan  barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan.


                         
                                  
                                                LOGO KITAR SEMULA


3R
Dengan mengamalkan 3R(pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat menggalakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil "sumber-sumber terbatas". Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikut :

REDUCE(PENGURANGAN)

  • Hanya beli apa yang diperlukan :
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Ini dapat mengelekkan perbuatan pembaziran.
  • Beli produk yang boleh diguna semula :
Beli barangan dalam botol (kaca&plastik) dan bateri yang boleh dicas semula.
  • Beli pencuci serba guna :
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap pnggunaan.
  • Beli barangan yang kurang bungkusan :
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang Sokonglah bungkusan kertas.
  • Jual atau derma barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan lagi:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  • Beli produk yang tidak bertoksik :
Kebanyakkan produk bertoksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  • Gunakan bahan alternatif untuk menggantikan bahan berbahaya/bertoksik :
Mencuci dengan mnggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.


REUSE(GUNA SEMULA)

* Beg-beg boleh diguna semula untuk membeli belah dan menyimpan barangan di rumah.

* Sampul surat boleh digunakan semula dengan meletakkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.

* Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.

* Kertas dan kadboard boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak digunakan lagi.

* Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.

* Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan, Jangan membakar kayu-kayu ini Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.

* Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.


RECYCLE(KITAR SEMULA)

1) KITAR SEMULA DI RUMAH
Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

2)KITAR SEMULA DI LAMAN ANDA
Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh mempebaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.

3)MENGITAR SEMULA DI SESEBUAH KOMUNITI
Pusat kitar semula : memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan pengitaran semula.


JENIS-JENIS KITAR SEMULA





CONTOH BAHAN KITAR SEMULA



  BOTOL


  KOTAK


                                                                           TAYAR



KERTAS



CONTOH BARANGAN KITAR SEMULA








VIDEO KITAR SEMULA









































7 ulasan:

  1. Kak fara, saya memang dpt manfaat dgn informasi dlm blog akak. Terima kasih akak..

    BalasPadam
  2. Kak fara, saya memang dpt manfaat dgn informasi dlm blog akak. Terima kasih akak..

    BalasPadam
  3. Sangat efektif, informasi padat dan lengkap

    BalasPadam
  4. tq kerana membantu saya membuat kajian lapangan...

    BalasPadam
  5. Sila tukar warna tulisan.Terutamanya tulisan yang berwarna biru do perenggan kitar semua (RECYCLE).Ia kerana sukar dibaca.

    Sekian

    BalasPadam